jalan malam- malam
kisah ini diceritakan oleh seorang pemuda yang bernama adi (bukan nama sebenar). kisahnya bermula pada satu malam. adi berasa sangat bosan berada teperuk di dalam biliknya. dia lalu mencapai baju sejuknya lalu keluar. dia membawa bersama telefon bimbitnya.
dia mencapai telefon bimbitnya lalu menelefon kawanya zarif. "hello, zarif kau ada mana eh, jom lepak , bosan la dok sorang sorang" zarif "aku ok je bro bila?" adi "sekarang leh" zarif "ok bagi aku 5 minit" adi "aku tunggu depan rumah kau" selepas adi sampai di rumah zarif mereka keluar berjalan bertujuan nak melepak di taman permainan depan kawasan perumahan.
sesampainya mereka disana mereka bersembang sembang sehingga terleka yang jam menunjukkan tepat pukul 12:00 tengah malam. mereka pun sudah letih lalu mereka memutuskan untuk pulang. dalam perjalanan mereka ternampak sesuatu yang agak pelik di persimpangan jalan, mereka tidak mengendahkannya, mereka terus berjalan lagi.
"cik berdua boleh tak tolong saya, saya perlukan bantuan ni cik"
mereka tiba- tiba tersentap lalu menoleh ke arah belakang dan...
mereka berlari sekuat hati mereka, walaupun agak penat tetapi mereka tetap berlari.
adi meminta kebenaran zarif untuk tinggal sementara di rumahnya. zarif juga bersetuju kerana dia begitu takut. selepas kejadian itu adi dan zarif tidak lagi keluar rumah pada waktu malam.
persoalan yang pelik siapa orang yang memanggil mereka itu?
dan mengapa harus mereka yang diganggu?
adakah dia benar benar perlukan bantuan?