Sunday 15 March 2015

BUNYI TAPAK KASUT (EDISI ASRAMA)

BUNYI TAPAK KASUT

Untuk sekian lamanya tidak menulis, tahun ini baru terlintas untuk menulis. Pada kali ini Auntie Seram akan menyingkap pengalaman seorang pelajar yang tinggal di asrama. Melda (bukan nama sebenar) menceritakan pengalaman beliau ketika tinggal di asrama.

Hasil carian imej untuk hantu asrama

 Seperti biasa Melda seperti pelajar-pelajar lain akan tidur agak lewat, ada yang mengulangkaji, ada yang mendengar lagu, bercakap telefon dan ada yang sudah tidur. Sehingga lewat malam kesemua rakannya sudah tidur yang tinggal cumalah Melda seorang. Memandangkan Melda sukar untuk tidur dia mula berbalas mesej dengan rakanya yang tidak tinggal dia asrama.


Lampu asrama ditutup untuk memberi peluang kepada rakan-rakanya yang lain tidur. Cahaya lampu yang hanya memancar kewajahnya saja yang ada pada ketika itu. Melda sukar melihat kerana dikelilingnya begitu gelap. Tiba-tiba, "kelegok...kelegok...kelegok..." Melda terdengar bunyi mirip tapak kasut. Dalam kesamaran malam Melda cuba membuntangkan matanya untuk melihat sekeliling tetapi tidak ada apa yang boleh menyebabkan bunyi tersebut. Perasaan takut, gementar semuanya ada. Dia menyangka bunyi itu datang dari luar koridor tetapi bila diamati bunyiitu seperti berhampiran dengan katilnya. Melda mengambil keputusan untuk tidur. Walaupun bunyi tapak kasut itu sudah tidak didengari lagi, takut-takut bunyi itu muncul semula.