Monday 12 August 2013

hair extensions

HAIR EXTENSION

pengalaman seram pada kali ini berkenaan tentang hair extension, ataupun penyambungan rambut. seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Faz berkongsi satu cerita. Faz (bukan nama sebenar), nama saya Faz berumur 32 tahun mempunyai rambut pendek paras leher. pengalaman saya kali ini bermula pada suatu hari. saya terlihat satu iklan di dalam internet berkenaan tentang penyambungan rambut. saya agak tertarik untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyambungan rambut tersebut. 


perkara ini dikongsi bersama adik saya Mas yang masih menuntut di salah sebuah universiti terkemuka di kl. tapi hal tersebut dibangkang kerana katanya rambut itu adalah rambut orang yang telah mati. saya menafikan dan mengatakan ianya hanyalah khabar angin. perlakuan yang degil ini menyebabkan saya pergi ke kedai yang menjual rambut tersebut.

selepas saya selesai membuat penyambungan rambut tersebut, saya dapati ia lebih cantik tapi ada sesuatu yang saya perasan, kepala saya berasa berat. malahan terasa susah untuk bergerak. seperti ada sesuatu di atas kepala. tapi mungkin saya kurang biasa.


pada malamnya pula, adik_adik saya terkejut aidil dan mas, muka mereka bukan terkejut kerana suka akan perubahan saya tetapi benda lain.


 

 
mereka ternampak ada orang yang duduk di atas bahu. selepas kejadian itu saya membuat keputusan dengan memotong terus rambut saya. saya mencari sesuatu di dalam internet. saya terbaca tentang perempuan yang mati dalam kemalangan. mayat tersebut diambil dan dijaga oleh seorang wanita siam. wanita tersebut mengambil rambut tersebut untuk dijual memandangkan rambut tersebut sangat cantik.

roh wanita tersebut tidak tenang menyebabkan dia mencari rambut tersebut. khabarnya juga wanita siam itu juga mati semasa pejalanan balik dari menjual rambut tersebut.