Tuesday 26 March 2013

jalan malam

jalan malam- malam

kisah ini diceritakan oleh seorang pemuda yang bernama adi (bukan nama sebenar). kisahnya bermula pada satu malam. adi berasa sangat bosan berada teperuk di dalam biliknya. dia lalu mencapai baju sejuknya lalu keluar. dia membawa bersama telefon bimbitnya.

dia mencapai telefon bimbitnya lalu menelefon kawanya zarif. "hello, zarif kau ada mana eh, jom lepak , bosan la dok sorang sorang" zarif "aku ok je bro bila?" adi "sekarang leh" zarif "ok bagi aku 5 minit" adi "aku tunggu depan rumah kau" selepas adi sampai di rumah zarif mereka keluar berjalan bertujuan nak melepak di taman permainan depan kawasan perumahan.

sesampainya mereka disana mereka bersembang sembang sehingga terleka yang jam menunjukkan tepat pukul 12:00 tengah malam. mereka pun sudah letih lalu mereka memutuskan untuk pulang. dalam perjalanan mereka ternampak sesuatu yang agak pelik di persimpangan jalan, mereka tidak mengendahkannya, mereka terus berjalan lagi.

"cik berdua boleh tak tolong saya, saya perlukan bantuan ni cik"

mereka tiba- tiba tersentap lalu menoleh ke arah belakang dan...

 mereka berlari sekuat hati mereka, walaupun agak penat tetapi mereka tetap berlari.

adi meminta kebenaran zarif untuk tinggal sementara di rumahnya. zarif juga bersetuju kerana dia begitu takut. selepas kejadian itu adi dan zarif tidak lagi keluar rumah pada waktu malam.

persoalan yang pelik siapa orang yang memanggil mereka itu?
dan mengapa harus mereka yang diganggu?
adakah dia benar benar perlukan bantuan?

Monday 25 March 2013

misteri suara seram

[Malam Jumaat] Misteri Suara Seram Di Dalam Asrama

[Malam Jumaat] Misteri Suara Seram Di Dalam Asrama

Saya pernah mengalami pengalaman seram ketika menuntut di sebuah sekolah ( nama dirahsiakan ) di Kuala Terengganu. Sekolah saya memang dekat dengan hutan, kalau budak Terengganu tau kot sekolah ni. Saya mula belajar hidup di asrama ketika tingkatan 1 lagi. Memang menjadi perkara biasa di mana2 sekolah, pelajar senior akan buka cerita seram diasrama kepada pelajar junior. Lagi2 budak yang baru nak start tinggal di asrama.
Hari ketiga saya di asrama, pelajar senior mula menceritakan cerita hantu kepada saya dan pelajar2 junior lain. Hantu yang mereka cerita ialah hantu mengira. Pada mulanya saya nak tergelak sebab terlintas dalam hati ada pulak hantu pandai matematik. Tapi setelah dengar cerita sampai habis baru saya tau, hantu mengira tu ialah hantu yang mengira pelajar yang tak tidur malam.
Hari tu jugak saya kenal Julia, kami mula rapat sebab masing2 takut nak pergi tandas malam2. Kami saling menemani bila nak terkencing malam2. Pada mulanya kami berdua memang tak percaya cerita senior ni sebab sebelum saya mendaftarkan diri di asrama, abang saya dah bagitau awal2 supaya jangan dengar sangat cerita hantu ni. Cerita ni biasanya nak buat junior respect kat senior je. Si Julia ni pun awal2 lagi mak ayah dia dah cakap jangan percaya cerita hantu senior.
Nak dijadikan cerita, ada la satu hari ni saya memang tak boleh nak lelapkan mata. Katil Julia ni sebelah saya je, saya nampak Julia ni dah tidur nyenyak dah, yang lain pun dah tidur jugak. Saya tengok jam dah pukul 2 pagi. Saya cuba nak lelapkan mata tapi tak boleh, mungkin sebab banyak sangat minum air Nescafe masa minum petang tadi.
Sedang saya berguling ke kiri ke kanan cuba nak lelapkan mata, saya terdengar macam ada orang buka tingkap bilik saya. Tingkap tu betul2 depan katil saya. Saya boleh nampak tingkap tu sebab semua katil dah disusun mengadap ke tingkap tu, katil saya yang ke-4 dari dinding. Saya tak fikir apa2 lagi masa tu sehingga saya terdengar suara “ satu, dua, tiga… “. Lepas saya dengar suara tu, saya terus teringat cerita senior masa mula2 saya mendaftar diasrama.
Saya mula meremang satu badan, saya dengar lagi “ satu, dua, tiga….empat tak tidur lagi…?? “. Saya makin tak sedap hati sebab memang saya katil ke-4 dari dinding. Saya baca semua surah2 yang saya hafal dalam keadaan sebutan yang berterabur. Benda tu mengira lagi “ satu, dua, tiga…empat tak tidur lagi…?? “.
Badan saya memang dah menggigil dah masa tu, saya cuba paggil Julia dalam suara terketar2. “Julia !! Ju.. Julia… Julia !! “ Tapi apa yang membuatkan saya makin menggigil dan menangis bila saya dengar benda tu cakap “ Julia dah tidur… “  dan disertakan hilaian ketawa yang sangat kuat. Saya terus menjerit “ PERGI !!!! “ Banyak kali jugak saya jerit sampai semua pelajar dalam bilik saya terbangun. Saya langsung tak berani nak pandang benda tu.

Dipendekkan cerita, hari esoknya tu warden arahkan semua pelajar perempuan berkumpul di tempat parking kereta asrama selepas isyak. Warden cakap dulu ada satu pokok besar di belakang asrama ni. Tapi sebab nak meluaskan kawasan tempat menyidai baju, pokok tu ditebang. Mungkin sebab tempat tinggal benda tu di kacau, sebagai balasannya pelajar pulak kena kacau dengan benda tu.
Sebelum ni pun dah ramai senior dengar suara mengira ni. Tapi diorang buat tak tau je sebab benda tu tak kacau atau sentuh diorang. Malam tu semua pelajar baca Yassin kat bilik masing2.

tandas lagi

Tandas Paling Menyeramkan...

Banyak banyak tandas, Tandas aaaaaaaaaaape yang paling korang tak nak masuk.Anda ada 2 minit untuk memikirkannya..

Dulu dalam banyak banyak tandas dalam dunia ni, tandas kat sekolah lah paling aku malas nak masuk.Nak-nak lagi bila tandas tu tak dicuci.Pehhhh boleh hangus hidung ni dibuatnya.Dah lah  kotor, busuk pulak tuh dan paling popular tandas kat sekolah ni ialah ia sangatmenyeramkan... 

Paling seram lagi bila tandas tu kat paling hujung koridor blog bangunan.Aku tujukan kepada pelajar perempuan.Bayangkan kalau mereka sorang-sorang,Agak-agak mesti mereka dah terkencing dulu sebelum masuk tandas.

Dulu masa aku kecik-kecik darjah 2 kan, aku seLalu takut nak pergi tandas sekolah belah petang.Sekolah belah petang ni takde pekebun nak cuci.So tandas tu mesti menjadi bualan hangat dikalangan kanak-kanank yang  kononnya tandas tuh berhantu...

Pada suatu hari..aku berjalan-jalan di tepi kantin...sedang melihat budak lelaki yang sedang menarik tudung perempuan(itu perkara biasa bagi zaman budak-budak), aku berasa nak buang air kecik.Mula-mula aku nak tahan,tapi tak Tahan jugak!! padan muka aku sape suruh minum air sirap banyak2.Aku pun terpaksa masuk tandas yang dikata seram itu...ushhhhh korang mesti mengigil-gigil baca cerita aku selepas ini...

!!AMARAN KEPADA WANITA MENGANDUNG DAN PESAKIT SAKIT JANTUNG!!
!!ANDA TIDAK BOLEH MEMBACA CERITA BERIKUTNYA!!

disambungkan cerita...aku memberanikan diri membuka pintu tandas tersebut...
Selepas itu...
Tiba-tiba....
Benda yang pertama sekali aku pandang ialah Mangkuk lubang Tandas!!

Secara tiba-tiba otak aku mula berimaginasi..

jeng..jeng..jeng

Ini contoh mangkuk tandas..

dan ini imaginasi aku pada masa tu...
v
v
v
v
v
v
v
v

P/S: Anda ada pengalaman yg menyeramkan di tandas sekolah tak? 

dicopy dari http://shazrizalshahmy.blogspot.com/2013/01/tandas-paling-menyeramkan.html

Sunday 24 March 2013

amber court genting higland

Kisah Di Sebalik Amber Court Genting Highland. 

walaupun cerita ini dah lama tapi saja nak share, baca sama-sama

Ini merupakan tempat yang paling menakutkan dan memang ramai orang cerita kena kacau kat sini. Dan yang paling penting, even mereka yang tinggal di First World Hotel serta menghadap ke Amber Court pun kena kacau. Terdapat juga satu bilik private seperti di Kasino di mana mereka menyimpan jin-jin mereka di Amber Court. Menurut sumber, management selalu bagitau untuk jangan kacau bilik ini atau buka bilik ini dan itu. Tapi kenapa? Apa sebabnya? Biliknya seperti di bawah ini:

Macam mana mereka yang tinggal sini dikacau:

-Tv terpadam dan terbuka sendiri
-Orang bertukang malam-malam
-Perempuan mengilai
-Budak menangis
-Perempuan memanggil (panggil penginap kat situ la)
-Dengar tapak kasut dari luar
-Pintu diketuk
-Terasa diperhatikan

Ini kata seorang penghuni di sana:

“amber court ngan billion court mmg berhantu. member aku kene kacau ngan ju-on kat situ. dia cangkung masa member aku tgh mandi. staff genting pun cakap tempat tu mmg barhantu.
kitorg mmg cadang nk stay sbb nk tgk hantu tp masa drive pegi sana mlm2 mmg agak spooky. tp xigt nape xjadi stay.”

“aku tidur, tetiba tingkap bilik kena ketuk bertalu2…
aku punyalah takut…
…..mula2 malu nak kecoh2, malu dgn roomate aku…
lama2 hilang malu, takut punya pasal,
aku nangis sampai member aku terjaga…
bila sama2 takut, dua2 menjerit, “Woi… kitaorang ngantuk lah…nak tidur… pegi main jauh2.. kita orang tak der masa nak layan ko..”…
aku dah stop jerit.
member aku pulak pegi belasah tingkap tu dgn bantal, bantai tingkap tuh cukup2…
pastu baru diam…”

“aku nk citer pasal amber court ni…bulan lepas pukul 2 pagi memang ada lepak sana tapi lepak kt bawah jer lah…sunyi nyerr tempat tu sampai jer terus paking depan hotel tu ada tempat duduk bawah lampu tu…baru jer berapa minit lepak2 dgn member2 kat situ …hehehhh nak taw apa jadii…..kedengaran satu jeritannn dari bawah paking pastu ada bunyik melolong dari tingkat atass sekali….aku nk blah dahh masuk dlm kreta..cam bangsatt bunyikk tu..bunyik jerit sama macam dlm movie hantu…tapi member2 rilexs jer…kalau korang nk tahu lanjut korang boleh datang lepak kt bawah tu malam2 pastu sembang dagn pak guard kat situ…hahahhah macm2 dia citer…kat situ sebenarnya port bunuh diri…”

Sumber: Kisah Seram Di Genting Highlands | melvister.com 

Friday 22 March 2013

perkhemahan 2

kawan sekhemah dan siapa yang ada di atas pokok 2

(sambungan) bila perempuan misteri itu dijemput masuk ke khemah kami, dia tidur dengan nyenyak sekali. tepat jam 1: 45 pagi aku ternampak dia sedang duduk di luar kawasan khemah.

aku mengejutkan siti supaya bangun, setelah dia sedar dia lalu memanggil 'eh awak masuk la apa awak buat dekat luar tu' namun sahutan itu tidak diendahkan selepas itu perempuan itu bangun berdiri dan kemudian hilang bergitu saja.

siti yang terkejut dengan perkara itu pengsan dan tidak sedarkan diri. aku terpaksa bergegas memanggil ketua kami.
selepas beberapa minit dia tersedar dan mula menjerit seolah- olah dirasuk.

ustaz yang ada bersama sama kami membaca ayat- ayat suci dan kemudian menghembuskan ke kepala siti. selepas beberapa ketika dia sedar dan tidak lagi meracau.

keesokan harinya kami berkemas untuk balik. ketika dia dalam bas kami berkongsi cerita tentang apa yang berlaku semasa kem itu. ketua kami akhirnya membuka cerita, perempuan yang kami semua nampak itu ialah salah seorang pelajar dulu. ketua kami menceritakan pelajar perempuan itu sebenarnya sudah lama mati, tetapi disebabkan dia mengamalkan ilmu hitam dia menjadi seperti itu.

kami semua takut dan aku bertanya' kenapa dia merasuk orang?' ketua kami menjawab 'dia hanya merasuk orang yang lemah semangat, tujuannya hanyalah untuk meminjam badan dan jika terlambat dia akan membawa seseorang itu ke tempat yang kita sendiri tidak ketahui' 

tetapi apa yang pelik ialah kenapa ketua kami masih membawa kami semua ke hutan itu padahal dia tahu tempat itu bahaya.
dan kenapa pula harus perempuan misteri itu turut serta bersama kami?
kenapa ketua kami menyembunyikan sesuatu? 
siapa yang berapa di atas pokok itu?
semua misteri ini sukar untuk dirungkai.

perkhemahan

kawan sekhemah dan siapa yang ada di atas pokok

cerita ini dicerikan dari seorang saksi ataupun seorang mangsa yang mengikuti satu perkhemahan. berlaku ketika perkhemahan, seramai 102 orang menyertai kem tersebut. pekhemahan ini bertujuan untuk menbina keberanian diri. ini bermaksud sesiapa yang lemah semangat akan menjadi berani selepas tamatnya kem ini.

  kami semua tiba di hutan *** untuk perkhemahan tersebut. kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberi masa untuk berehat dan memasang khemah masing-masing. semuanya berjalan dengan lancar. ketua pengurusan aktiviti ini menyeru kami supaya berehat-rehat tidak kisahlah mandi makan dan sebagainya kerana aktiviti ini akan dilakukan pada petang ini.

khemah

petang yang pelik 

pada waktu petang kami melakukan aktiviti jungle trakking dan bersenam. semuanya berjalan lancar dan kami perasan sesuatu,ada seorang perempuan yang berjalan bersama sama kami. kami semua pelik dan hairan siapa perempuan itu. kami ingin bertanya kepada ketua kami tetapi apa yang dia katakan 'alah dia nak join sama la tu, bagi ja dia ikut' pelik kami semua tak pernah langsung melihat perempuan itu.

malamnya

kami melakukan aktiviti berjalan jalan di dalam hutan. hanya 2 orang yang berjalan dalam satu masa. kami semua agak takut dan gementar. ketua kami menugaskan ada sekumpulan pelajar lain menuggu di satu tempat dengan tujuan mengusik kami. sampainya kami di satu kawasan kami terdengar ada orang memanggil kami dari suara tu ada iras macam din 'oiiiitttt 2 orang tu jalan berdua ja tak takut ke ehehhheee' dan kami menjawab tanpa ragu 'tak kami tahu kau nak kacau kami humm'

  bila sudahnya aktiviti ini kami berkongsi cerita bersama- sama ketua kami. jadi kami buka cerita 'korang tahu tadi din nak kacau kami dia siap duduk dkat atas pokok lagi tau, ha dia ingat kami takut la tu' din menjawab dan yang lain kehairanan 'what? aku duduk atas pokok, biar betul korang ni' ketua kami menjawab 'biar betul saya tak pernah suruh diorang naik atas pokok cari nahas, kalau waris diaorang tahu habis saya' 

yang lain menjawab 'kau jangan main-main din ada dengan kami kot tadi' salah seorang menambah ' kau jangan main-main ni dalam hutan tau'

selepas itu ketua kami menyuruh kami semua masuk tidur. 'cik boleh saya tumpang tidur, khemah lain dah penuh, boleh tak cik' terkejut aku melihat seorang perempuan datang ke khemah. laku kawan ku menjawab (siti) sila la tak pe khemah ni boleh muat dua orang lagi sila la' aku mula tidak sedap hati siapa perempuan ni.

bersambung......
             
pengalaman balik dari air panas

air panas baling

pengalaman balik dari air panas

        ceritanya bergini, ida (bukan nama sebenar) dan keluarganya pergi bermandi-manda di air panas baling. tetapi bukan dia diganggu ketika di taman rekriasi itu. bukanlah diganggu tetapi ternampak 'benda' yang ada di dalam hutan.pengalaman ini diceritakan daripada kwan AS yang balik dari mandi air panas di baling. 

dalam perjalanan balik, ida dengan tidak sengaja ternampak orang memakai telekung di dalam hutan. bukan dia sahaja tetapi ada ahli keluarganya yang nampak 'benda' yang sama. orang ataupun *****.

tetapi bagi ida dan keluarganya, perkara itu tidaklah seseram mana. tetapi jika mahu diikutkan kelogikan memang tidak masuk dek akal fikiran. bukan sekadar ternampak malah berdiri di dalam hutan.pelik tetapi itulah kenyataannya.

persoalan yang menghantui ialah

 kenapa dengan tidak sengaja ida terlihat?

kenapa ada orang nak pakai telekung dalam hutan?

 kenapa harus mereka saja yang nampak?

Saturday 16 March 2013

banggunan lama

bangunan lama

dulu ada sebuah bangunan yang lama dan sekarang ini pun masih lagi ada. bangunan lain semuanya sudah moden (bersimen) tetapi ada satu bangunan yang masih lagi menggunakan kayu. kedudukannya agak tercicir dan agak jauh dari kawasan banggunan lain. oleh itu, bangunan tersebut agak menyeramkan.

contoh banggunan lama itu

pada suatu malam, seorang pengawal keselamatan sedang meronda-ronda di kawasan banggunan dan sekitarnya, tiba-tiba dia ternampak manusia tidak berkepala di dalam banggunan tersebut. menurut pengawal keselamatan tersebut, dia ternampak lembaga itu sedang berdiri tegak. pada mulanya dia mengabaikannya tetapi dia semakin takut apabila lembaga tersebut terus hilang.

tanpa kepala

 dia menyangka ada orang ingin menyakatnya maklumlah dia baru mula kerja. selepas kejadia itu pengawal keselamatan itu berhati-hati apabila melalui banggunan tersebut.