Saturday 27 April 2013

balik kampung

balik kampung


cerita ini diceritakan dari seorang mangsa yang dikenali sebagai aliya (bukan nama sebenar) tentang pengalaman beliau ketika balik ke kampung. aliya dan adiknya ashila bercadang untuk pulang ke kampung untuk berjumpa dengan keluarga mereka. noni dan syikin berhasrat untuk pulang ke kampung juga, maklumlah mereka berjiran di kampung. jadi mereka berhasrat untuk pulang bersama menaiki sebuah kereta saja iaitu kereta noni.

dalam perjalanan, mereka tersekat dalam kesesakan lalu lintas dan mereka terpaksa menunggu lama.



rupa- rupanya ada kemalangan jaln raya di hadapan. ianya megambil masa selama lebih kurang 30 minit sementara menunggu pasukan keselamatan sampai.



setelah perjalanan kembali lancar, mereka meneruskan perjalanan. mereka berhenti rehat makan dan mengisi minyak di esso. disebabkan kesesakan tadi mereka terlewat hingga malam.





setelah berehat- rehat, mereka meneruskan lagi perjalanan. mereka memasuki kawasan kampung. "gedebuisssshhh" tiba -tiba kami terdengar bunyi yang sangat pelik. bunyi itu seperti ada benda jatuh. benda itu jatuh seperti di atas bumbung kereta. noni yang sedang memandu tersentap. ashila berkata 'abaikan nanti kalau fikir lagi takut' noni yg dalam ketakutan memandu juga kenderaan.


tiba tiba "gedebuisssshhh" noni terpaksa membrek mengejut. kami mengambil keputusan untuk keluar tengok apa yg ada dia atas. setelah keluar tidak ada apa yang pelik selain bumbung yg bersih dan tidak kotor.mereka memasuki kereta semula,tiba-tiba noni, syikin, ashila dan aliya terpandang ke arah belakang alangkah terkejutnya, satu lembaga yg mengerikan sedang mengejar mereka. noni menekan minyak hingga meter menunjukkan 140km/j.




apabila sampai di rumah keluarga mereka, mereka menceritakan semuanya kepada ahli keluarga masing- masing. apa yang ahli keluarga mereka katakan ialah sebenarnya, itu aldalah roh yg tidak tenteram.




Saturday 6 April 2013

nenek tua menyanyi

nenek tua menyanyi



cerita ini seperti biasa, daripada seorang mangsa yang diganggu ketika menunggu abangya di  sebuah perhentian bas berdekatan kilang tempat kerjanya. kisah ini berlaku ketika dia duduk keseorangan di perhentian itu. pada mulanya dia bersama 4 lagi rakanya menuggu van. sara(bukan nama sebenar) menuggu abangnya yang malam itu terlambat pula.



setelah beberapa minit van yang dinanti telah tiba, rakan-rakannya akan menaiki van untuk pulang manakala dia akan menuggu abangnya untuk dijemput. ketika dia keseorangan menuggu abangnya sara ternampak seorang nenek tua sedang berjalan datang ke arah perhentian bas yang sedang sara duduk itu.

nenek itu datang dan berkata 'cu boleh nenek duduk sebelah cu' sara 'duduk la nek saya pun sorang -sorang ni, nenek dari mana ni, saya tak pernah nampak pun?' nenek 'nenek duduk dekat depan tu je' 

beberapa minit kemudian, suasana menjadi sunyi dan terdengar nenek tadi menyanyi 'buai laju laju sampai pokok sana, siapa sebelah cucu seorang wanita tua' sara berasa hairan kenapa nenek tua itu menyanyi dalam nada dan susunan yang diubah, ketakutan semakin menghampiri sekali lagi nenek itu menyanyi 'buai laju laju sampai pokok sana, siapa sebelah cucu seorang wanita tua' sara memanggil 'nek, nek , nek

"
"
"
"
"
 
nenek tadi berubah mukanya dari biasa ke muka yang menggerunkan.
aaaaaaaaaaaaaaarrrrrrrrrrrrrrrhhhhhhhhhhhh, sarah menjerit berlari dan tiba- tiba abangnya sampai dia meluru masuk ke dalam kereta dan menceritakan semuanya. abangya memecut kenderaan dan berlalu pergi dari tempat tersebut. setelah perkara itu terjadi sara berhenti bekerja dan dia mendapat pekerjaan baru di bandar.


'buai laju laju sampai pokok sana, siapa sebelah cucu seorang wanita tua'

Tuesday 2 April 2013

dorm

"DORM"

untuk entry kali ini mengisahkan tentang dorm. nama dorm serta yang berkenaan denganya terpaksa dirahsiakan. cerita ini berlaku ke atas lin(bukan nama sebenar) yang mengikuti satu kem yang dianjurkan oleh tempat pengajianya. lin dan rakan-rakannya yang lain pada mulanya sangat gembira dengan kem itu, walaubagaimana pun satu tragedi menimpa dirinya serta rakanya yang lain.


mereka tiba di tempat tersebut awal lalu mereka diberikan bilik yang lebih dikenali sebagai "dorm".



dorm mereka menempatkan kira kira 20 orang. ramai dan sesak ketika itu. lin dan rakanya mandi serta berehat-rehat. malam menjelma.



selepas solat maghrib dan i'syak mereka balik semula ke dorm. suasana sesak dan bising di pagi hari  tadi bertukar menjadi sunyi. ada yang bersembang, ada yang makan dan ada yang sudah tidur maklumlah esok permulaan aktiviti kem. lin dan rakannya bersembang sambil makan dia dalam dorm mereka. orang yang ditugas mengawal keselamatan menyuruh mereka tidur kerana lampu akan ditutup menjelang pukul 11.00 malam.

lin dan rakanya berkata" alah tak apa la, tutup ja lampu kami nak sembang kejap je kami tak ganggu orang lain, tutup je" pengawal itu menyahut "ok, saya tutup lampu ni, memang la kamu semua tak ganggu orang kang kamu pula yang diganggu". mereka tidak mengendahkan, mereka bersembang hingga jam menunjukkan 12.00 tengah malam.

suasana sekali lagi menjadi sunyi, terdengar bunyi salakan anjing yang sayup- sayup kedengaran.


'sritt, srittt, sritttttt' satu bunyi pelik kedengaran di dalam kawasan dorm. lin dan rakannya lihat di sekeliling, semua orang sedang tidur dalam gelap malam. tetapi nunyi itu semakin kuat 'sritttttttttt, srittttttttttttttt' seperti semakin dekat. lin dan yang lain melihat ke satu arah 


mereka terkejut melihat tubuh seperti wanita sedang mengesot ke menuju arah mereka. mereka pun membaca apa yang patut dan terus tidur tanpa sedarkan diri. keesokan harinya mereka bangun dengan perasaan yang pelik. salah seorang daripada rakan lin demam. panitia mereka menasihatkan dia berehat di dalam dorm, tetapi dia enggan dan berkata " tak mengapalah saya lebih rela berkawad dari duduk dalam dorm tu, kalau saya duduk dalam dorm tu bukan sihat, entah entah boleh mati sebab terkejut" panitia mereka tidak berkata apa- apa dan terus melakukan aktiviti.